12 December 2014

Xinjiang haramkan pakai purdah


Urumqi: Pihak berkuasa Xinjiang semalam mengharamkan pemakaian purdah di bandar raya ini, langkah yang dilihat akan mencetuskan lebih banyak kekacauan di wilayah bergolak itu.
Pengumuman itu dibuat ketika China meningkatkan sekatan terhadap penggunaan pakaian yang melambangkan keagamaan, kononnya bimbang terhadap peningkatan fahaman pelampau Islam.
Ramai pakar berkata, pengharaman purdah serta hukuman keras yang dikenakan ke atas aktivis Islam mencetuskan lagi kemarahan penduduk Uighur, golongan majoriti di wilayah berkenaan.
Pengharaman itu akan dilaksanakan sebaik ia diluluskan oleh Parlimen Xinjiang.
Wanita Uighur secara tradisinya mengamalkan ajaran Islam yang sederhana tetapi sejak kebelakangan ini semakin ramai dilihat mengikut cara pemakaian wanita Arab Saudi dan Pakistan yang menutup seluruh anggota mereka, kecuali mata.
Bulan lalu, pihak berkuasa Xinjiang mengharamkan amalan agama di bangunan kerajaan dan orang ramai dilarang memakai pakaian yang ada kaitan dengan agama.
Ogos lalu, Karamay, sebuah bandar di barat laut wilayah itu mengharamkan wanita bertudung dan lelaki berjanggut menaiki bas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15510#sthash.sYcGuasA.dpuf

11 December 2014

7 penuntut Ilham dipenjara lapan tahun

Beijing: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun kepada tujuh penuntut cendekiawan Uighur, Ilham Tohti, kata peguam.
Li Fangping berkata, dia dimaklumkan oleh peguam bela penuntut terbabit kelmarin.
Katanya, hakim mahkamah sesyen Xinjiang mendapati mereka terbabit dalam aktiviti pemisah.
“Mereka dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun dan saya tidak pasti jika rayuan akan dibuat,” katanya.
Seorang lagi peguam yang turut membela Ilham, Liu Xiaoyuan berkata, pegawai mahkamah enggan memberi sebarang ulasan terhadap keputusan berkenaan.
Ilham adalah tokoh paling berpengaruh yang berjuang untuk mempertahankan hak Muslim Uighur di Xinjiang.
Dia disabitkan kesalahan menyertai gerakan pemisah pada bulan lalu.
Ketujuh-tujuh tertuduh itu dibicarakan dalam dua sesi berasingan pada November.
Beijing menyalahkan Muslim Uighur atas beberapa serangan yang turut menyaksikan kematian sejak beberapa tahun lalu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 9:13 AM


Ilham
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15133#sthash.MZmgRI9O.dpuf

9 December 2014

Cina grebek sekolah al-Qur'an milik Muslim Uighur

Rabu, 23 Zulqa'dah 1435 H / 17 September 2014 14:00
Cina grebek sekolah al-Qur'an milik Muslim Uighur
Ilustrasi - Cina grebek sekolah al-Qur'an milik Muslim Uighur
XINJIANG (Arrahmah.com) – Dalam upayanya untuk melenyapkan identitas Islam di ujung barat Xinjiang yang dihuni oleh mayoritas Muslim, pihak berwenang Cina telah menggerebek beberapa sekolah Islam di ibukota kabupaten Urumqi dan menangkap puluhan Muslim.
“Cina berpikir bahwa orang Uighur yang sangat menjunjung tinggi agama mereka dan menggunakan internet merupakan tantangan terhadap kekuasaan Cina,” Dilxat Raxit, juru bicara Kongres Uighur Dunia, mengatakan kepada Reuters, Senin (15/9/2014).
“Sikap permusuhan Cina mungkin akan menyebabkan lebih banyak orang Uighur yang kehilangan kebebasan mereka,” tambah Raxit.
Raxit mengungkapkan kekhawatiran yang dihadapi oleh Muslim Uighur di tengah kebijakan otoritas Cina yang menekan Uighur.
Lebih dari 85 orang ditangkap dalam penggerebakan terbaru terhadap beberapa madrasah di Uighur.
Tindakan keras terhadap madrasah di Urumqi bukanlah yang pertama kalinya terjadi selama tahun ini. Pada bulan Agustus, Cina mengaku bahwa mereka telah “melepaskan” 82 anak-anak dari sekolah Islam.
Xinjiang telah otonom sejak tahun 1955, namun terus menjadi subyek tindakan keras keamanan secara besar-besaran oleh pihak berwenang Cina.
Pada bulan Agustus, pemerintah Cina telah mengeluarkan surat perintah yang melarang Muslim yang mengenakan jenggot, pakaian Islam, jilbab atau niqab untuk menggunakan bus umum di kota Karamay Xinjiang.
Sebelumnya pada bulan Juli, Cina telah melarang mahasiswa dan staf pemerintah untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Cina juga mencoba untuk mendesak Muslimah Xinjiang untuk tidak memakai jilbab.
Saat pihak berwenang Cina melarang madrasah, atau sekolah Islam, ummat Islam di Xinjiang telah mengupayakan sekolah bawah tanah agar bisa memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
“Hanya dalam mata pelajaran politik ada beberapa bab yang memperkenalkan agama utama di dunia, termasuk diantaranya Islam. Selain itu, tidak ada kelas agama [di Xinjiang],” kata Xiaofeng Chen, juru bicara untuk Save the Children yang berbasis di Beijing, yang menjalankan program pendidikan di Xinjiang.
Tindakan keras terbaru terhadap madrasah di Xinjiang dikecam oleh masyarakat Muslim Uighur yang menuduh Cina telah menekan praktik agama mereka.
Pemerintah telah melarang warga Uighur, terutama perempuan dan para pemuda untuk pergi masjid,, padahal mereka sangat membutuhkan untuk mengetahui ilmu agama; sedangkan banyak Muslim yang semakin tua. Jika kaum muda dilarang untuk belajar Islam, maka secara bertahap Islam akan lenyap, kata seorang wara Uighur Muslim di Urumqi, yang juga menolak untuk diidentifikasi.
(ameera/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/09/17/cina-grebek-sekolah-al-quran-milik-muslim-uighur.html#sthash.fJDDdH36.dpuf

Lapan dijatuhi hukuman mati di Xinjiang

Tentera China meronda kawasan luar Masjid Id Kah selepas imam
Tentera China meronda kawasan luar Masjid Id Kah selepas imam masjid, Imam Jumwe Tahir dibunuh oleh penyerang selepas solat Subuh di Kashgar, wilayah Xinjiang, China, pada 30 Julai lalu. Lapan orang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam dua serangan berdarah di Xinjiang, semalam. – AGENSI
XINJIANG 8 Dis. – Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas lapan individu yang terlibat dalam dua serangan berdarah di wilayah Xinjiang, China pada April dan Mei lalu.
Stesen televisyen, CCTV melaporkan, lima yang lain diberi penangguhan hukuman mati yang selalunya digantikan dengan penjara seumur hidup, manakala empat individu lagi dihukum penjara.
Hukuman yang diputuskan Mahkamah Rakyat Pertengahan di Urumqi itu merupakan langkah terbaharu Beijing dalam menentang keganasan di bahagian barat negara ini.
Dalam serangan pertama, penyerang menggunakan pisau dan bahan letupan di sebuah stesen keretapi di Urumqi yang menyebabkan seorang maut dan 79 yang lain cedera pada hari terakhir lawatan Presiden China, Xi Jinping, April lalu.
Dalam serangan kedua, 39 orang terbunuh, termasuk empat penyerang, manakala 90 yang lain cedera selepas penyerang meletupkan sebuah pasar pagi di Urumqi pada Mei lalu.
Sejak tahun lalu, sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam beberapa siri pergelutan dan serangan di Xinjiang serta kawasan sekitarnya.
Beijing menuduh keganasan yang berlaku dicetuskan oleh ‘kumpulan pemisah’ manakala badan hak asasi mendakwa, kerajaan China mengenakan sekatan budaya dan agama di Xinjiang yang didiami penduduk minoriti Uighur Islam, menyebabkan keadaan lebih tegang.
Namun, China mempertahankan polisi tersebut yang disifatkan membantu meningkatkan taraf ekonomi tempatan serta melindungi hak agama penduduk minoriti negara ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lapan-dijatuhi-hukuman-mati-di-xinjiang-1.34242#sthash.wCqo8E28.dpuf

7 December 2014

Gempa Bumi Sederhana Gegar Yunnan, China


Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 8:05 PM

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Yunnan, China pada 6.20 petang Sabtu.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut pusat gempa ialah 234km tenggara Baoshan, China dan 1,846km utara Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan, kata jabatan itu.

3 December 2014

Sejarah Bangsa Uighur?


  Map of Xinjiang (Uighur)  

BANGSA  Uighur  adalah  keturunan  puak-puak  Turki  yang  hidup  di  Asia Tengah , terutama di wilayah China , Xinjiang . Namun , sejarah etnik Uighur menyebut daerahnya itu Uighuristan atau Turkestan Timur .                  

Menurut  sejarah , bangsa Uighur merdeka telah tinggal di Uighuristan lebih dari 2,000 tahun . Tapi China mendakwa daerah itu warisan sejarahnya , dan oleh sebab itu tidak dapat dipisahkan dari China . Orang Uighur percaya , fakta sejarah menunjukkan tuntutan China tidak berasas dan sengaja mentafsir sejarah secara salah , untuk kepentingan pengembangan wilayahnya . Uighuristan merupakan tanah subur 1,500 batu dari Beijing , dengan luas 1.6 juta km2 ,                                                      hampir  1/6  wilayah  China .   
 

Xinjiang  adalah  wilayah  terbesar  di  China . Di utara , tanah Uighur bersempadan dengan Kazakhstan ; Mongolia di timur sea ​​; Kirghiztan and Tajikistan in the northwest ; and the Afghanistan - Pakistan in the southwest                   . Keturunan - keturunan puak Turki di Asia Tengah mempunyai asal , bahasa , tradisi dan kebudayaan dan agama yang sama .                 

Tahun  1924 , rejim Bolshevik Rusia , Joseph Stalin , membahagikan etnik ini menjadi Uighur , Kazakh , Lyrgyz , Ubzek , Turkmen , Bashkir dan Tatar , dalam persidangan etnik dan pembahagian negara di Tashkent , Uzbekistan . Tahun 1949 , 96 peratus penduduk Xinjiang adalah puak-puak Turki . Namun , bancian China terakhir menyebutkan kini hanya ada 7.2 juta Uighur dari 15 juta warga Xinjiang .                                                 

Selain  itu  ada  etnik  Kazakh  ( 1 juta ), Kyrgyz ( 150 ribu ), dan Tatar ( 5 ribu ). Para tokoh Uighur percaya jumlah mereka di sana 15 juta . Selain itu , kini di Xinjiang tinggal juga etnik bangsa Asia : Han - China, Manhcu , Huis , dan Mongol . Di luar Uighuristan diperkirakan ada 5 juta Uighur di Turkistan Barat , kini masuk negara - negara pecahan Kesatuan Soviet : Kazaktstan , Uzbekistan , Turkmenistan dan Tajikistan .                                                    
 

Selain  itu , 75 ribu Uighur tinggal di Pakistan , Afgahnistan , Saudia Arabia , Turki , Eropah dan Amerika Syarikat . Orang Uighur berbeza bangsa dengan China - Han. Mereka lebih mirip orang Eropah Kaukasus , sedang Han mirip orang Asia . Bangsa Uighur mempunyai sejarah lebih dari 4,000 tahun . Sepanjang itu , mereka telah mengembangkan kebudayan uniknya , sistem masyarakat , dan banyak menyumbang dalam tamadun dunia .                                                    

Di  awal  abad  ke - 20, melalui ekspedisi keilmuan dan arkelogis di wilayah Jalur Sutera , di Uighuristan dijumpai peninggalan kuno bangsa Uighur berupa kuil - kuil, runtuhan biara , lukisan dinding , dan barang - barang lain , juga buku dan dokumen . Peneroka Eropah , AS , walaupun Jepun sangat kagum terhadap kekayaan sejarah di daerah itu . Dan laporan - laporan merekalah yang mengundang kedatangan orang luar ke sana .                                                 
 

Saat  ini , peninggalan peradaban Uighur banyak tersimpan di muzium Berlin , London , Paris , Tokyo , Leningrad , dan Muzium Islam di New Delhi , India . Berabad - abad lalu , Uighur telah menggunakan skrip tulisan . Saat bersatu di bawah Kerajaan Uighur - Kok Turk abad ke - 6 dan ke - 7, mereka menggunakan tulisan Orkhun , yang lalu diadposi menjadi tulisan Uighur . Tulisan ini digunakan hampir 800 tahun , tidak hanya oleh bangsa Uighur tetapi juga oleh suku - suku puak Turki lain , oleh orang Mongol ( saat empayar Genghis Khan ), oleh orang Manchu ( terutama pada masa awal Manchu mula menguasai China ).                                                                              

Setelah  memeluk  Islam  di  abad  ke - 10, Uighur menyerap alpabet Arab . Sejak dulu , banyak orang Uighur menjadi pengajar di empayar China , menjadi duta besar di Rome , Istambul , Baghdad . Kebanyakan karya sastera awal kewujudan Uighur diterjemahkan ke teks agama Buddha dan Manichean . Namun ada juga karya naratif , puisi dan epik yang telah diterjemahkan ke bahasa Jerman , Inggeris dan Rusia .                                                 


Walau  telah  memeluk  Islam , dominasi kebudayan Uighur asli tetap berlangsung di Asia Tengah . Malah dengan kemasukan Islam , karya sastera dan ilmu Uighur semakin berkembang . Beberapa karya sastera yang terkenal misalnya Kutatku bilik karya Yusuf Has Najib (1069-1070) , Divani Lugarit Turk oleh Mahmud Kashari , dan Atabetul Hakayik oleh Ahmet Yukneki . Bangsa Uighur juga dikenali ahli perubatan .                                                 

Zaman  Dinasti  Sung  ( 906-960), seorang ahli ubat - ubatan Uighur bernama Nanto mengembara ke China . Ia membawa pelbagai jenis ubat yang saat itu belum dikenal di China . Bangsa ini pada masa itu itu telah mengenal 103 Tumbuan ubat - dicatat dalam buku ubat - ubatan China oleh Shi - zhen Li ( 1518-1593). Bahkan sebahagian ahli barat percaya akupuntur bukan asal milik orang Cina , tapi awalnya dibangunkan Uighur .                                                     
See the Arabic letter Uighurs. 

People  Uighurs  also  have  the capability  of art bina , muzik , seni dan lukisan yang tinggi . Mereka bahkan telah boleh mencetak buku berabad - abad sebelum ditemui oleh Gutenberg . Pada abad pertengahan , karya sasta , teater , muzik dan lukisan sasterawan China juga sangat dipengaruhi Uighur . Yen - de Wang , seorang dutabesar China ( 981-984) untuk kerajaan Kharakhoja - Uighur menulis dalam biografinya :                                          

" Saya sangat terkesan dengan tinggi peradaban di kerajaan Uighur . Keindahan kuil - candinya, biara , lukisan dinding , patung , menara - menara, kebun , rumah - rumah dan istana - istana di seluruh negeri tak dapat digambarkan dengan kata - kata. Bangsaa Uighur sangat ahli dalam kerajian emas dan perak , dan tembikar . Orang berkata Tuhan telah mewariskan keahlian - Nya hanya pada bangsa ini                                            
" Sebelum kemasukan Islam , Uighur menganut Shamanian , Budha dan Manicheism .        
  

Saat  ini , boleh dikesan kuil yang dikenali sebagai Ming Oy ( Seribu Buddha ) di Ughuristan . Runtuhan ditemui di bandar Kucha , Turfan dan Dunhuang , dulunya tempat tinggal orang Kanchou - Uighur. Orang Uighur memeluk Islam sejak tahun 934 , ketika pemerintahan Satuk Bughra Khan , pengusaha Kharanid . Saat itu , 300 masjid megah dibina di bandar Kashgar . Islam lalu berkembangan dan menjadi satu - satunya agama orang Uighur di Uighuristan .                                                        

Masjid - masjid yang megah karya bangsa Uighur contohnya Azna ( dibina abad ke - 12), Idgah ( abad ke - 15) dan appak Khoja ( abad ke - 18). Pada masa kejayaan itu di Kashgar saja telah ada 18 madrasah besar dengan lebih 2,000 pelajar baru yang masuk pertahunnya . Selain agama , di madrasah - madrasah inilah anak Uighur belajar membaca , menulis , logik , aritmatik , geometri , etik , astronomy , tibb ( perubatan), pertanian .                                                       

Pada  abad  ke - 15 di bandar ini telah ada perpustakaan dengan koleksi 200 ratus ribu buku . Orang Uighur juga telah mengenal pertanian semiintensif sejak 200 SM . Pada abat ke - 7 pertanian mereka semakin berkembang dengan menaman jagung , bijirin , kentang , kacang tanah , anggut , tembikai dan kapas .                                       

Mereka  juga  telah  membangunkan  sistem  pengairan  ( Kariz) untuk mengalirkan air dari sumber yang jauh dari tanah pertanian . Satu sistem pengairan kuno ini masih boleh dilihat di bandar Turfan . Boleh dikatakan , kebudayaan Uighur mendominasi Asia Tengah sepanjang 1,000 tahun sebelum bangsa ini ditakluk penguasa Manchu yang memerintah di China . (IH /                                      REPUBLIKA)

China Hukum Rakyat Yang Beribadah Di Sekolah/Bangunan Umum



Muslim Xinjiang
  
Xinjiang China kembali melakukan tindakan represif kepada muslimXinjiangDalam peraturan baru yang disahkan kerajaan Chinakerajaanmelarang amalan agama di bangunan-bangunan kerajaanpenggunaaninternet dan hape untuk "merosakkan kestabilan negara."

Peraturan disahkan oleh jawatankuasa parlimen Xinjiang pada hari Jumaat lalumenetapkan hukuman antara 5,000 hingga 30,000 yuan bagi individuyang menggunakan internettelefon bimbit atau penerbitan digital untukmelemahkan perpaduan nasionalkestabilan sosial atau menghasutkebencian etnik.

Peralatan yang digunakan dalam pelanggaran juga boleh disitaXinhua NewsAgency melaporkan pada hari Ahad.

Peraturan yang berkuatkuasa 1 Januari bulan depan, juga melarangpengedaran dan menonton video tentang "agama radikal", baik di dalamtempat ibadah atau di luar tempat ibadah. Warga tidak akan dibenarkanmempraktikkan agama di pejabat-pejabat kerajaansekolah-sekolah umum,perniagaan atau institusi 


Ibnu Hasyim (kanan) semasa berada di bandar Urumqi beberapa tahun lalu. 
Bawah Ibnu Hasyim di pasar malam Urumqi.

Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya.. 

Kegiatan keagamaan harus dilaksanakan di beberapa tempat berdaftar.Mereka juga dilarang memakai atau memaksa orang lain untuk memakaipakaian atau logo yang berkaitan dengan agamawalaupun jenis pakaiandan logo yang tidak ditentukankata akhbar itu.

Xinjiangrumah bagi orang-orang Muslim Uighurtelah dilanda kekerasanselama bertahun-tahun. Di di sempadan PakistanIndiaAfghanistan danAsia Tengah yang strategik itu pula terdapat sumber-sumber alam yang luarbiasa.

Kumpulan hak asasi manusia mengatakan masalahnya (bukan pada muslimXinjiangtapi lebih berkaitan dengan sekatan keras Beijing pada adat agamadan budaya orang-orang Uighur(IH)