29 June 2015

OIC bimbang hak penduduk Islam di China dicabul


29 Jun 2015 12:07 AM



JEDDAH 28 Jun – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyuarakan kebimbangan terhadap laporan media dan pertubuhan antarabangsa berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi terhadap masyarakat minoriti Islam di wilayah Xinjiang, China, ketika umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa bulan Ramadan.
Portal berita Arab News yang memetik kenyataan OIC berkata, kerajaan tempatan Xinjiang dilapor tidak membenarkan umat Islam di wilayah berkenaan menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain sepanjang bulan suci tersebut.
“Hak asasi masyarakat minoriti Islam di Xinjiang perlu dilindungi dan mereka perlu dibenarkan mengamalkan hak kebebasan beragama tanpa diganggu menerusi arahan langsung atau tidak langsung,” tambah kenyataan itu, semalam.
Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung OIC, Iyad Madani turut menggesa kerajaan pusat China menyiasat perkara tersebut dan memastikan keselamatan penduduk minoriti Islam untuk mengamalkan kebebasan agama berdasarkan undang-undang antarabangsa yang ditetapkan.
China mengharamkan penduduk Islam di wilayah Xinjiang terutamanya penjawat awam, pelajar dan guru berpuasa pada bulan Ramadan dan mengarahkan restoran dibuka seperti biasa.
“Perkhidmatan penyediaan makanan di tempat kerja akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan,” lapor satu notis yang disiarkan menerusi laman web Pentadbiran Makanan dan Dadah di daerah Jinghe, Xinjiang.
Pegawai kerajaan di daerah Bole juga menerima arahan supaya tidak berpuasa atau melakukan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/oic-bimbang-hak-penduduk-islam-di-china-dicabul-1.108185#sthash.CtfuwK7v.dpuf

25 June 2015

18 maut keganasan di Xinjiang

Gambar tidak bertarikh memaparkan sekumpulan anggota separa tentera,

Gambar tidak bertarikh memaparkan sekumpulan anggota separa tentera, berkawal selepas satu serangan berlaku di Xinjiang, China yang dihuni etnik Uighur. AGENSI
BEIJING 24 Jun – Sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila anggota etnik Uighur bersenjatakan pisau dan bom, didakwa menyerang polis di pos pemeriksaan lalu lintas di Xinjiang, lapor badan penyiasaran, Radio Free Asia hari ini.
Radio Free Asia menyatakan, serangan berlaku di bandar Kashgar, kelmarin yang menyaksikan suspek membunuh sejumlah polis selepas mereka yang menaiki sebuah kereta melanggar pos pemeriksaan tersebut di daerah Tahtakoruk.
Seorang pegawai polis, Turghun Memet berkata, polis membalas serangan dan membunuh 15 suspek yang dikategorikan sebagai pengganas.
Radio Free Asia melaporkan, mereka yang terbunuh adalah antara 18 dan 28 orang termasuk beberapa pejalan kaki ekoran jumlah kematian diberikan oleh polis berbeza-beza.
Cubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada kerajaan Xinjiang dan jabatan keselamatan awam gagal.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, beliau tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.
“Bagaimanapun, jika kejadian itu benar berlaku, kerajaan China bertanggungjawab untuk mengambil pendekatan menghentikan tindakan ganas ini bagi memastikan keamanan dan kestabilan di Xinjiang,’’ katanya.
Beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan di wilayah tersebut, yang didakwa didalangi pergerakan pemisah Islam. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/18-maut-keganasan-di-xinjiang-1.106785#sthash.QoZVuZ1Z.dpuf

23 June 2015

Ramadan di Xinjiang dicemari


Penduduk Islam China terutamanya yang tinggal di wilayah Xinjiang,

Penduduk Islam China terutamanya yang tinggal di wilayah Xinjiang, sering berdepan provokasi kerajaan. AFP
BEIJING 22 Jun – Satu festival bir yang diadakan beberapa hari sebelum permulaan Ramadan di wilayah Xinjiang yang dihuni etnik Uighur Islam, mencetuskan kemarahan kumpulan penduduknya yang kini tinggal dalam buangan.
Laman web kerajaan Niya melaporkan, pertandingan bir yang diadakan pada awal minggu lepas sebelum permulaan Ramadan, dihadiri lebih 60 petani dan penternak muda.
Gambar yang disiarkan juga memaparkan wanita menari di atas pentas dan sekumpulan lelaki meminum bir sebanyak mungkin dalam satu minit.
“Terdapat pelbagai pertandingan bir yang menarik. Hadiah berbentuk wang tunai sebanyak 1,000 yuan (RM600),’’ jelas laman web berkenaan.
Jelas web itu, pertandingan tersebut diadakan bagi menceriakan kehidupan penduduk kampung dan menjamin keharmonian serta kestabilan kampung.
Dalam pada itu, jurucakap Kongres Uigher Dunia, Dilxat Raxit mengutuk pertandingan tersebut.
“Pertandingan itu merupakan provokasi terbuka terhadap Islam,’’ katanya dalam kenyataan.
Media rasmi dan laman web kerajaan Xinjiang mengeluarkan berita dan notis rasmi pada tahun ini yang menggesa anggota Parti Komunis, kakitangan awam, pelajar, dan guru tidak berpuasa. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ramadan-di-xinjiang-dicemari-1.106019#sthash.aQnsWlka.dpuf

18 June 2015

Masyarakat Islam Uighur Tidak Dibenarkan Berpuasa


Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 8:00 AM

BEIJING: Ketika lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada Khamis, kerajaan tempatan di wilayah Xinjiang, barat China menguatkuasakan undang-undang kontroversi apabila tidak membenarkan etnik Uighur yang beragama Islam melaksanakan ibadat itu.
Lebih menimbulkan kemarahan penduduk Islam, etnik minoriti berkenaan juga diwajibkan untuk mengangkat sumpah di depan pegawai kerajaan bahawa mereka tidak akan berpuasa.
Menurut laporan portal Hindustan Times, pihak berkuasa menjadikan alasan bahawa bulan Ramadan yang bermula Khamis sebagai waktu sensitif di Xinjiang ekoran serangan berdarah yang dipersalahkan kepada kumpulan pelampau sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh.
Jelas portal berkenaan, sejak beberapa hari lalu, media tempatan dan laman web kerajaan di Xinjiang menyiarkan berita dan notis rasmi yang menuntut anggota parti politik, penjawat awam, pelajar dan guru yang beragama Islam tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan Ramadan bagi mengelakkan insiden serangan pada tahun lalu, Kerajaan Xinjian dalam kenyataannya berkata, pegawai penguatkuasa kawalan kualiti makanan di daerah Jinghe yang bersempadan dengan Kazakhstan, mengambil keputusan untuk menggalakkan restoran berstatus halal supaya meneruskan operasi seperti biasa sepanjang Ramadan.
Tambah kenyataan tersebut, restoran yang mematuhi arahan berkenaan tidak akan diperiksa secara kerap oleh pihak berkuasa.
Beberapa institusi kerajaan lain dilapor mengeluarkan arahan yang sama.
Sementara itu, di daerah Maralbexi yang menjadi lokasi kematian 21 orang akibat keganasan agam pada 2013, pihak berkuasa tempatan yang beragama Islam perlu memberi jaminan secara lisan dan bertulis bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan, tidak akan terlibat dalam aktiviti keagamaan dan tidak akan berpuasa sepanjang Ramadan.
Susulan peraturan kontroversi itu, kumpulan etnik Uighur yang hidup dalam buangan, Kongres Uighur Sedunia dan aktivis hak asasi manusia mengecam dasar penindasan kerajaan di Xinjiang termasuk larangan amalan beribadah yang dijangka mencetuskan ketegangan agama lebih buruk di China.
Jurucakap pertubuhan itu, Dilxat Raxit dalam kenyataannya menjelaskan, kerajaan China meningkatkan larangan dan memantau terhadap aktiviti umat Islam terutamanya etnik Uighur menjelang ketibaan Ramadan.
"Iman etnik Uighur telah dipolitikkan dan peningkatan kawalan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan boleh mencetuskan penentangan yang lebih dahsyat," kata beliau.
China mempunyai kira-kira 20 juta penganut beragama Islam di seluruh negara dan kerajaan pimpinan Parti Komunis membenarkan kebebasan beragama tetapi mengenakan peraturan ketat terhadap aktiviti keagamaan dan hanya membenarkan institusi agama yang mendapat kelulusan untuk beroperasi.
Tiada komen dikeluarkan oleh kerajaan Xinjiang berhubung pelaksanaan peraturan terbabit.

Lelaki Uighur ditembak mati


Beijing: Polis China menembak mati seorang lelaki Uighur yang didakwa menyerang sekumpulan orang di stesen kereta api menggunakan bata, semalam.

Polis di bandar Xian di utara negara itu menembak lelaki terbabit selepas dia ‘menyerang’ orang yang membeli tiket, lapor laman media sosial polis kereta api.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai berbangsa Uighur, namun laporan berkenaan tidak memberikan butiran lanjut.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia dalam buangan, Dilxat Raxit berkata dalam satu kenyataan, pembunuhan itu menunjukkan sikap bermusuhan pasukan keselamatan China terhadap etnik Uighur yang beragama Islam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 11:03 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58543#sthash.nzanVO7o.dpuf

Xinjiang larang penduduk puasa

Beijing: Beberapa jabatan kerajaan tempatan di Xinjiang, wilayah barat jauh di China, meningkatkan kawalan terhadap penduduk Islam, khususnya etnik Uighur, menjelang Ramadan, termasuk memaksa pegawai berikrar untuk tidak berpuasa.
Bulan suci itu yang bermula hari ini, dianggap tempoh sensitif di Xinjiang berikutan dakwaan Beijing kononnya penduduk Islam di wilayah itu bertanggungjawab terhadap keganasan sepanjang tiga tahun lalu hingga mengorbankan ratusan nyawa.
Sejak beberapa hari lalu, media dan laman web kerajaan di Xinjiang menyiarkan berita dan notis rasmi kerajaan mendesak anggota parti, kakitangan kerajaan, pelajar dan guru supaya tidak berpuasa, sama seperti yang dilakukan tahun lalu.
Di Jinghe, daerah yang bersempadan dengan Kazakhstan, pegawai keselamatan berkata minggu lalu, mereka akan memantau dan menggalakkan restoran halal menjalankan perniagaan seperti biasa sepanjang Ramadan.
Restoran yang berbuat demikian tidak akan diserbu pegawai pemeriksa makanan.
Beberapa institusi lain kerajaan juga mengeluarkan arahan serupa.
Di daerah Maralbexi, tempat 21 orang terbunuh dalam kekacauan pada 2013, pegawai parti dipaksa berikrar secara lisan dan bertulis bahawa mereka ‘tidak ada kepercayaan kepada agama, tidak akan menghadiri aktiviti keagamaan dan tidak akan berpuasa sepanjang Ramadan.’
Kumpulan Uighur yang hidup dalam buangan dan aktivis hak asasi manusia berkata, dasar kerajaan China di Xinjiang, termasuk menyekat amalan keagamaan, menyemarakkan keganasan.
Beijing menafikan dakwaan itu.
Dalam kenyataannya, Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Uighur Sedunia, berkata: “KeIslaman etnik Uighur dipolitikkan. Tindakan itu akan mencetuskan lebih banyak bantahan ganas.”
Jurucakap kerajaan Xinjiang yang dihubungi untuk mengulas perkembangan itu enggan menjawab panggilan telefon.
Pihak berkuasa Xinjiang sering menafikan dakwaan mereka menghalang penduduk Islam berpuasa, tetapi mengaku pegawai dan golongan muda berusia bawah 18 tahun diharamkan menyertai aktiviti keagamaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 11:05 AM

GAMBAR fail menunjukkan umat Islam di Xinjiang menunaikan solat di sebuah masjid, tahun lalu.

China larang penduduk Islam Xinjiang berpuasa

Penduduk Islam Uighur bakal menempuh pelbagai kesukaran sepanjang

Penduduk Islam Uighur bakal menempuh pelbagai kesukaran sepanjang bulan Ramadan ini selepas kerajaan tempatan di Xinjiang mengeluarkan banyak notis larangan termasuk larangan berpuasa . AGENSI

BEIJING 17 Jun – Umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China bakal menyambut Ramadan pada tahun ini dengan perasaan dukacita, selepas beberapa buah kerajaan tempatan mengeluarkan notis larangan meraikan bulan penuh keberkatan itu termasuk memaksa penjawat awam berjanji untuk tidak berpuasa.
Laman web Hindustan Times melaporkan, sejak beberapa hari lalu laman web kerajaan tempatan di Xinjiang telah menerbitkan berita dan mengeluarkan notis yang menggesa anggota parti, penjawat awam, pelajar dan guru-guru supaya tidak menyambut bulan Ramadan, sama seperti tahun lalu.
Tindakan tersebut diambil susulan daripada kejadian serangan ganas di wilayah berkenaan sejak tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban, dengan Beijing mendakwa serangan dilancarkan oleh militan Islam.
Kerajaan dalam laman webnya berkata, pegawai keselamatan makanan minggu lalu sebulat suara bersetuju untuk ‘membimbing dan menggalakkan’ restoran halal beroperasi pada bulan Ramadan di daerah Jinghe berhampiran sempadan Kazakhstan.
Mana-mana restoran yang mendengar arahan tersebut tidak akan diperiksa secara kerap oleh pegawai keselamatan makanan.
Media tempatan melaporkan, penjawat awam di daerah Maralbexi berjanji secara lisan dan bertulis untuk tidak menyambut bulan Ramadan, tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan serta tidak berpuasa.
Kongres Uighur Sedunia dan aktivis hak asasi manusia berkata, polisi berbentuk penindasan yang dilaksanakan oleh kerajaan di wilayah Xinjiang, termasuk sekatan ke atas amalan agama menjadi punca utama kekacauan berlaku, dakwaan yang dinafikan oleh Beijing.
“China meningkatkan larangan dan pemantauan menjelang bulan Ramandan. Nasib bangsa Uighur sering dipolitikkan dan peningkatan kawalan akan menyebabkan berlaku banyak penentangan,” kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenyataan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-larang-penduduk-islam-xinjiang-berpuasa-1.104198#sthash.i92hHREd.dpuf