11 January 2017

Polis China tembak mati 3 pemisah Xinjiang | Dunia | Berita Harian



ISNIN, 9 JANUARI 2017 @ 7:19 PM Polis China tembak mati 3 pemisah Xinjiang POLIS China.- Foto Reuters BEIJING: Polis China menembak mati tiga suspek 'pengganas' di wilayah barat Xinjiang, pertikaian terkini dengan pemisah Islam yang dituduh kerajaan cuba memisahkan wilayah itu daripada China. Menurut kerajaan, pemisah di Xinjiang, tempat tinggal penduduk minoriti Uighur Islam, menyasar membentuk negara sendiri dikenali Turkistan Timur dan ada kaitan dengan militan di luar negara termasuk Asia dan Asia Barat. Pegawai keselamatan di bandar selatan Xinjiang di Hotan, dianggap sebahagian ibu kota Uighur, berdepan tentangan ganas lewat semalam ketika memburu tiga anggota sebuah "kumpulan pengganas," kata kerajaan Xinjiang dalam laman berita rasmi Tianshan Net. "Kami menembak mati penjenayah di tempat kejadian. Tiada kematian anggota kami," kata kerajaan. Suspek dikehendaki dalam kaitan dengan insiden April 2015, namun tidak memberi butiran lanjut. Ratusan penduduk terbunuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Xinjiang, di sempadan tengah Asia dan Pakistan, dalam keganasan antara etnik Uighur dan majoriti etnik Han China. -Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232288

No comments:

Post a Comment