30 November 2014

15 terbunuh, 14 cedera dalam ; serangan pengganas' di Xinjiang, China

29 Nov - Lima belas orang terbunuh dan 14 yang lain cedera dalam satu "serangan pengganas" di rantau Xinjiang kebanyakannya Muslim China, agensi berita rasmi China semalam.

hromedia 15 terbunuh, 14 cedera dalam 'serangan pengganas' di Xinjiang intl China.  news2Sekumpulan "pengganas" telah melancarkan serangan ke atas orang awam Jumaat di Shache daerah, meninggalkan empat orang mati dan 14 cedera. Eleven "pengganas" juga telah ditembak mati dalam keganasan, menurut CCTV, penyiar negeri China.

Cina agensi berita Xinhua mengesahkan angka kematian itu, memetik kenyataan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pada kira-kira 1:30 (0530 GMT) pada hari Jumaat lelaki bersenjatakan pisau melemparkan bahan letupan dan menyerang orang ramai di jalan komersial, Xinhua melaporkan.

Sebelas daripada penyerang terbunuh oleh polis yang meronda di kawasan itu. Bahan letupan, pisau dan kapak telah dirampas di tempat kejadian.

Yang cedera telah dipindahkan dan dibawa ke hospital, kata agensi berita.

Terletak 200 kilometer dari ibu negara serantau Kashgar, daerah Shache - atau Yarkand dalam bahasa Uighur yang - adalah adegan pertempuran pada bulan Julai, tidak lama sebelum akhir bulan suci Islam Ramadan.

Pegawai polis kemudian membunuh berpuluh-puluh penyerang "yang menyerang orang awam dan kenderaan", menurut media tempatan.

Kekacauan segar betapa kemerosotan keadaan di Xinjiang, di mana Beijing telah melancarkan tindakan keras yang teruk dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan berpuluh-puluh hukuman secara rasmi mengumumkan dan beratus-ratus tangkapan, diikuti dengan ujian massa cepat dan pameran awam yang dipanggil "pengganas".

Serangan Jumaat datang lima hari selepas pelajar dipenjarakan Uighur intelektual Ilham Tohti telah dibawa ke Mahkamah Cina di dalam perbicaraan rahsia, dituduh - seperti profesor mereka - daripada "perpecahan".

Seorang hakim Cina Jumaat menolak rayuan Tohti terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan pada bulan September.

Tohti, seorang ahli ekonomi yang dihormati, dianggap sebagai suara sederhana yang sudah lama mengecam penindasan Uighur di Xinjiang, tanpa menuntut kebebasan sepenuhnya untuk rantau ini.

Pakar mengatakan bahawa keputusan itu amat teruk menunjukkan bahawa ia adalah tidak mungkin bahawa ketegangan akan meringankan di Xinjiang, sebuah kawasan yang luas di mana keganasan dan penindasan oleh pasukan keselamatan telah meninggalkan ratusan mati sejak musim panas lalu.

Xinjiang sering dilanda kekacauan yang dicetuskan oleh ketegangan sengit antara China etnik majoriti Han dan Uighur Muslim Turki berbahasa, dengan pihak berkuasa kerap menyalahkan militan Uighur untuk keganasan.

Beberapa Uighur di wilayah barat China utara adalah bermusuh dengan kepimpinan di Beijing.

Mereka mengatakan bahawa mereka menjadi mangsa diskriminasi dan ketinggalan dalam manfaat pembangunan di Xinjiang, yang menyaksikan kemasukan Han Cina bergerak dari tempat lain di negara ini.

Tekan wartawan untuk HRO media - Ignacio Damigo melaporkan.

15 terkorban dalam serangan di Xinjiang


BEIJING 30 Nov. - Seramai 15 orang terkorban manakala 14 yang lain cedera dalam satu serangan pengganas di daerah Shache, kawasan yang kebanyakkan didiami etnik muslim di wilayah Xinjiang,semalam.
Menurut laporan syarikat penyiaran China, CCTV, kumpulan pengganas itu melancarkan serangan terhadap orang awam menyebabkan empat orang awam menjadi mangsa dan terkorban manakala 11 lagi terdiri daripada kumpulan pengganas itu sendiri turut terkorban selepas ditembak anggota pasukan polis yang sedang membuat kawalan di kawasan tersebut, bahan-bahan letupan, pisau dan juga senjata kapak berjaya dirampas di lokasi kejadian.
Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki bersenjatakan pisau melemparkan bahan letupan dan menyerang kawasan sesak dibandar tersebut kira-kira pukul 1.30 malam (5.30 pagi waktu tempatan). - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/15-terkorban-dalam-serangan-di-xinjiang-1.30720#sthash.jAA9zICT.dpuf

29 November 2014

3,000 kawal Xinjiang


Agensi
Urumqi: Untuk kali pertama dalam sejarah, pentadbiran wilayah Xinjiang bakal merekrut 3,000 bekas tentera untuk berkawal di kawasan petempatan sebagai langkah mengatasi ancaman keganasan.
Laman sesawang rasmi Biro Hal Ehwal Awam Xinjiang semalam mengumumkan, antara kriteria yang ditetapkan ialah setiap bekas tentera terbabit mestilah berusia kurang daripada 30 tahun dan menolak sebarang aktiviti pemisahan atau agama yang tidak dibenarkan.
Mereka juga mestilah tidak mempunyai sebarang rekod buruk dan mesti lulus peperiksaan khas membabitkan aspek politik serta kesihatan fizikal.
“Apabila diterima, petugas terbabit diberi barayan sekurang-kurangnya 3,000 yuan (RM1,500) sebulan serta kemudahan kediaman,” menurut iklan dalam laman sesawang berkenaan.
Langkah berkenaan, kata kerajaan, dapat mengekalkan kestabilan di wilayah Xinjiang, selain membantu bekas tentera mendapatkan pekerjaan.
Penduduk majoriti Xinjiang beragama Islam dan wilayah berkenaan sering mengalami keganasan dari semasa ke semasa disebabkan pelbagai faktor.
Di samping itu, ketegangan etnik juga menyumbang kepada masalah keselamatan penduduk di wilayah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Asia Tengah di Akademi Sains Sosial Xinjiang, Pan Zhiping berkata, langkah diperkenalkan kerajaan berkenaan dapat mencerminkan keazaman oleh pihak berkuasa untuk mengekang keganasan yang dilaporkan kian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
“Situasi di Xinjiang semakin buruk dan kerajaan perlukan lebih ramai petugas untuk menghalang kekacauan daripada semakin merebak,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12730#sthash.Co8iu4iJ.dpuf

23 November 2014

‘Jihad’ ahong Ningxia Hui

Yinchuan: Jumlah guru atau pakar rujuk agama Islam dalam kalangan wanita di China semakin meningkat, terutama di wilayah autonomi Ningxia Hui.
Selepas berjaya mengatasi tabu dan halangan tradisi, mereka kini mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat, terutama golongan wanita.
Melalui proses pembelajaran khusus serta menduduki peperiksaan, lebih 80 guru agama wanita diberi tauliah oleh kerajaan untuk melakukan kerja dakwah di masjid.
Antara aktiviti mereka - yang dikenali penduduk setempat sebagai ahong - ialah mengimami solat, mengajar al-Quran dan perkhidmatan keagamaan lain.
Ahong juga berperanan menjadi orang tengah dalam pertikaian rumah tangga.
Seorang daripada mereka ialah Jin Meihua, 50, yang memulakan harinya menjelang jam lima pagi dengan membaca al-Quran di rumahnya di Wuzhong.
Selepas menyediakan sarapan untuk keluarga, Jin berjalan ke masjid yang terletak hanya beberapa minit dari rumahnya untuk mengajar kelas al-Quran kepada puluhan wanita.
Sepanjang kelas selama dua jam itu, Jin juga mendedahkan mereka kepada ilmu lain dalam Islam.
“Inilah rutin saya sejak 18 tahun lalu,” katanya.
Ketika ini ada lebih 3,760 masjid berdaftar dan 8,000 imam di wilayah Ningxia Hui.
Daripada jumlah itu, lebih 80 adalah wanita.
Mereka berkhidmat kepada kira-kira 2.32 juta Muslim atau satu pertiga daripada keseluruhan penduduk yang menetap di wilayah berkenaan.
Menceritakan pengalamannya, Jin berkata, dia berazam menjadi ahong ketika berusia 30 tahun.
“Biasanya wanita di sini berkahwin muda dan selepas bergelar isteri, mereka tidak berpeluang mendapat pendidikan lanjut.
“Mereka juga tidak dibenarkan ke masjid untuk bersolat.
“Melihat keadaan itu, saya berazam untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik,” katanya.
Lahir pada 1964, Jin terpaksa melupakan pembelajaran selepas menamatkan sekolah menengah kerana kemiskinan.
Ketika berusia 18 tahun, dia dikahwinkan dan membesarkan tiga anak sebelum berusia 30 tahun.
Bagi Ma Guixia, mengajar bahasa Arab dan al-Quran adalah tugas mencabar.
Mengendalikan lebih 40 pelajar, Ma berkata, masa sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk seseorang mahir membaca al-Quran.
“Walaupun begitu, wanita setempat mengakui ia memberi banyak manfaat,” katanya.
Imam Masjid Lama Wuzhong, Wang Jinyu berkata, ahong terbukti banyak membantu meningkatkan kualiti hidup beragama wanita etnik Hui.
“Ahong membolehkan Muslimah berkomunikasi lebih mudah berbanding imam lelaki,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:03 AM


JIN (kiri) bersama pelajarnya di Masjid Wuzhong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11031#sthash.XWI9HW1g.dpuf

14 November 2014

130 pendatang Uighur lari dari pusat tahanan


Bangkok: Lebih 130 pendatang disyaki Uighur dari China melarikan diri dari pusat perlindungan sementara di Songkhla.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Awam berkata, ia bimbang mereka menjadi mangsa kumpulan pemerdagangan manusia.
Mac lalu, 218 pendatang yang mendakwa dari Turki ditahan di Songkhla selepas serbuan dilakukan di sebuah kem di tengah hutan.
Kedutaan China kemudian mengesahkan mereka sebenarnya etnik Uighur beragama Islam dari barat laut negara itu.
Daripada jumlah itu, 195 wanita dan kanak-kanak dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak kementerian berkenaan.
Semuanya terdiri daripada 70 wanita, 73 budak perempuan dan 52 kanak-kanak lelaki.
Pendatang lelaki pula ditahan di pejabat imigresen di beberapa wilayah.
Menurut laporan pusat perlindungan terbabit kepada kementerian itu, setakat 6 November lalu, 137 disyaki pendatang Uighur melarikan diri dari pusat itu.
Lapan cubaan melarikan diri turut direkodkan antara 1 Julai dan 8 November lalu, namun ada di antaranya ditemui pihak berkuasa sebelum dibawa semula ke pusat perlindungan itu.
Menurut sumber, kerajaan Thai masih belum menghantar pulang pendatang itu kerana kerakyatan mereka masih belum dapat disahkan.
Sumber itu turut menambah terdapat tekanan antarabangsa supaya mereka tidak dihantar pulang ke China kerana bimbang ditindas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8920#sthash.njT5oTiT.dpuf

12 November 2014

22 imam dipenjara di Xinjiang

Etnik Uighur sering mengalami penindasan agama kerana dilarang
Etnik Uighur sering mengalami penindasan agama kerana dilarang kerajaan mengamalkan cara hidup Islam. – AGENSI
XINJIANG 11 Nov. – Masyarakat Islam di Xinjiang, barat China, sekali lagi ditindas apabila sebanyak 22 orang imam dipenjarakan atas kesalahan menyebarkan Islam.
Menurut laporan agensi berita rasmi kerajaan, China News Service, hukuman penjara dari lima hingga 16 tahun itu dijatuhkan dalam satu majlis sabitan kesalahan secara beramai-ramai di sini, semalam.
Selain imam, ketua agama yang masih melaksanakan aktiviti agama selepas dipecat dan individu yang melanggari undang-undang ketika berada dalam sektor kerajaan, turut dipenjara.
Tertuduh yang lain didakwa menghasut kebencian kaum, me­lakukan provokasi dan terlibat dalam pergaduhan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenya­taan mengutuk hukuman berke­naan sebagai penindasan agama dan cubaan untuk menidakkan hak etnik Uighur.
“Perbuatan membeza-bezakan agama yang sah dan tidak sah dibuat berdasarkan keperluan politik kerajaan. Secara dasarnya, etnik Uighur tidak mempunyai hak ber­agama,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/22-imam-dipenjara-di-xinjiang-1.23623#sthash.8TWzZ3pH.dpuf