Bangkok : Thailand semalam berusaha mengendurkan kecaman antarabangsa berkait dengan keputusannya mengusir hampir 100 masyarakat Islam Uighur ke China.
Menurutnya, pihak berkuasa negara itu mengenal pasti lebih 170 etnik Uighur sebagai warga Turki dan menghantar mereka pulang sejak bulan lalu sementara hampira 100 lagi dihantar ke China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63624#sthash.sQ9eP3Ae.dpuf
Timbalan jurucakap kerajaan Kolonel Weerachin Sukhondhapatipak berkata, negara itu menolak permintaan Beijing supaya menyerahkan semua etnik Uighur yang ditahan di pusat tahanan di Thailand.
Tindakan Thai mengusir sebahagian pendatang itu dikecam Amerika Syarikat dan pelbagai pertubuhan hak asasi manusia serta mencetuskan tunjuk perasaan ganas di Turki, tempat sebahagian besar etnik Uighur menetap.
Penduduk Turki mempunyai hubungan erat dari segi budaya dan agama dengan etnik Uighur di China yang bercakap bahasa Turki.
Weerachin berkata, selari dengan persetujuan dan undang-undang antarabangsa Bangkok mengesahkan kerakyatan semua pendatang Uigur sebelum mengambil keputusan.
“China meminta semua etnik Uighur itu diserahkan kepadanya, tetapi kami berkata, kami tidak melakukannya,” kata Weerachin.
| POLIS antirusuhan mengawal kedutaan Thai di Ankara ketika orang ramai melakukan demonstrasi membantah penghantaran pulang etnik Uighur ke China. |
“Kami belum dapat mengesahkan 50 lagi pendatang Uighur itu,” kata Weerachin.
Polis Turki kelmarin menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 100 penunjuk perasaan di kedutaan China di Ankara dan menyerang pejabat konsul Thailand di Istanbul.
Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai membantah penindasan China ke atas etnik Uighur dan tindakan Thai menyerahkan 100 etnik itu kepada Beijing.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:08 AM
No comments:
Post a Comment