BEIJING 25 Sept. - Pendakwa raya mengemukakan 210 bahan bukti bagi membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang ulama terkenal Uighur, Ilham Tohti atas kesalahan menggalakkan perpecahan dalam penulisan dan syarahannya.
Agensi berita Xinhua melaporkan, hukuman yang dikenakan ke atas pengantara kepada masyarakat minoriti Uighur dengan kerajaan China itu dijatuhkan kelmarin, mendapat perhatian pihak antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mahu Ilham dibebaskan.
Antara bahan bukti yang dikemukakan adalah satu rakaman video yang memaparkan Ilham sebagai berkata, Xinjiang bukan milik Dinasti Han tetapi milik penduduk Uighur dan sebelum itu tanah berkenaan merupakan hak milik penduduk Asia Tengah.
Dalam perbicaraan yang dijalankan selama dua hari itu, Ilham menafikan bahawa beliau terlibat dalam mana-mana usaha menentang perpecahan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140926/lu_06/210-bukti-Ilham-perlu-dipenjarakan#ixzz3ENBtdKyW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment