24 September 2014

Ahli akademik Uighur dipenjara


BEIJING 23 Sept. - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang ahli akademik terkemuka Uighur atas dakwaan terlibat dalam gerakan pemisah, kata peguamnya, dalam kes yang mencetuskan provokasi antarabangsa.
Menurut laman web aljazeera.com, Mahkamah Perantaraan Urumqi mengumumkan keputusan itu terhadap bekas profesor ekonomi di sebuah universiti di Beijing, Ilham Tohti, hari ini berikutan perbicaraan dua hari di Xinjiang, minggu lalu.
Ilham dilihat sebagai suara minoriti yang bercakap mengenai nasib etnik Uighur yang ditindas kerajaan China.
Sementara itu peguamnya, Li Fangping memberitahu Reuters, anak guamnya tidak bersalah dan beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140924/lu_06/Ahli-akademik-Uighur-dipenjara#ixzz3EDlynk46
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment