18 September 2014

Ahli akademik Uighur dibicara


URUMQI 17 Sept. - Pihak berkuasa China membicarakan seorang ahli akademik terkemuka Uighur atas dakwaan terlibat dalam gerakan pemisah, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan memburukkan lagi ketegangan di Xinjiang.
Bekas profesor ekonomi di sebuah universiti di Beijing, Ilham Tohti bagaimanapun menafikan tuduhan itu yang boleh menyebabkan beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Peguam Ilham, Li Fangping berkata, pihaknya tidak melihat bukti yang menunjukkan anak guamnya terlibat dalam gerakan pemisah selain tidak pernah menentang negara ini atau mana-mana kumpulan etnik.
"Beliau hanya menyatakan pandangannya sebagai seorang ahli akademik," kata Fangping ketika ditemui di luar mahkamah di Urumqi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_08/Ahli-akademik-Uighur-dibicara#ixzz3DcF38emh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment