http://zainurrashid.com/?p=3043
Isu larangan berpuasa di kalangan etnik Uighur bukanlah isu baru tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan ibadah yang lain seperti larangan berhijab, bersolat dan pelbagai larangan lagi.
Nama sebenar Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki yang telah dijajah oleh China sejak sekian lamanya. Pada tahun 1955, Parti Komunis China telah menukar nama Turkistan Timur secara rasminya kepada Xinjiang yang bermaksud ‘The New Territory’ atau ‘Wilayah Baru’.
Rekod pelanggaran hak asasi kemanusiaan China terhadap Uighur ini begitu buruk sekali seumpama tahanan tanpa sebab, pemenjaraan, disiksa, dibunuh, wanita mereka dirogol dan sebagainya lagi.
Tidak sebagaimana Palestin, penderitaan masyarakat Uighur tidak banyak diketahui umum dan masyarakat antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan Komunis China dengan menyekat kebebasan media seperti facebook, youtube dan internet.
Rata-rata masyarakat Uighur mempunyai pendirian yang sama terhadap polisi China yang menindas mereka sejak puluhan tahun yang lalu. Keadaan mereka tidak banyak berubah, bahkan semakin tersepit dengan pelbagai kesangsaraan dan asing daripada sinaran mentari perubahan di masa depan.
Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengajak teman kenalan dan sahabat semua untuk mendoakanlah yang terbaik buat umat sejagat umumnya dan untuk saudara Muslim kita di Xinjing, China khususnya..
No comments:
Post a Comment