Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, langkah tersebut perlu dilakukan kerajaan Malaysia memandangkan mereka merupakan golongan yang teraniaya di negara sendiri.
Menurut Syed Azman, golongan Uighur yang berasal dari Xin Jiang, China ini telah didiskriminasikan oleh pemimpin mereka apabila dihalang untuk mengenakan hijab dan berjanggut bagi lelaki.
"Malah, mereka juga tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan. Dan baru-baru ini, golongan muda dan pekerja kerajaan mereka juga tidak dibenarkan melakukan solat Jumaat," tegas beliau ketika ditemui Harakahdaily, hari ini.
Justeru, PAS berpandangan adalah tidak wajar jika kerajaan Malaysia berhasrat untuk menghantar pulang mereka yang ditahan baru-baru ini kerana ia hanya akan mendedahkan mereka kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Seramai 155 pelarian Uighur, termasuk 76 orang kanak-kanak ditahan di sebuah kondominium, di Kuala Lumpur dalam satu operasi baru-baru ini.
Syed Azman turut memaklumkan, tindakan kerajaan Malaysia sebelum ini yang menghantar enam pelarian Uighur pada 31 Dis 2013, menyebabkan mereka ditahan pihak berkuasa China dan ahli keluarga tidak tahu-menahu keadaan mereka yang ditahan.
"Jadi, langkah terbaik yang kerajaan boleh lakukan ialah mendaftarkan mereka di bawah UNHCR agar mereka disenaraikan sebagai pelarian yang memerlukan perlindungan kerana kami beranggapan mereka bukanlah satu ancaman, tetapi melarikan diri dari negara mereka untuk mendapatkan perlindungan politik seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa," tegas beliau.
Tambah Adun Batu Burok itu, kerajaan wajar mngambil langkah mngikut norma kemanusiaan, hak asasi kemanusiaan dan undang-undang yang sah.
Dalam pada itu, beliau turut berhasrat membawa isu ini ke pihak menteri bertanggungjawab, selain meminta ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menyuarakannya di persidangan parlimen, yang bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 7/10/2014
No comments:
Post a Comment